Pages

Saturday, July 23, 2011

Tip Cinta Jarak Jauh

 Sorry kerana aku telah lupa akan tanggungjawab aku sebagai blog. Setelah lame menyepikan diri. Dalam entri ini aku nak kongsikan tip cinta jarak jauh. Ok cinta jarak jauh ni dengan kata lain bercinta tp jarang jumpe. Di bawah ini de r serba sedikit tip y aku leh kongsi dengan kowg sume.

Tetap berhubungan setiap saat
Kunci mempertahankan hubungan cinta jarak jauh adalah tetap mengadakan hubungan terus menerus. Chatting, saling SMS, telepon atau email secara teratur adalah langkah yang dapat dilakukan sekalipun hanya untuk menceritakan hari-hari yang membosankan. Ini akan membuat Anda merasa seperti Anda bagian dari hidup masing-masing sekalipun Anda terpisah bermil-mil.

Tunjukkan padanya Anda perhatian
Jangan Tunjukkan padanya Anda perhatian biarkan jarak mencegah Anda menujukkan padanya Anda meberikan perhatian. Kirimi dia e-card yang lucu , hangat dan menyentuh atau kirim dia buku yang selalu dia inginkan membacanya. Ini akan menyentuhnya dan membiarkan dia tahu bahwa Anda tengah memikirkannya.

Jangan biarkan perselisihan hidup
Selalu cari solusi segera mungkin ketika Anda berselisih karena semakin lama dibiarkan, masalahnya akan semakin rumit. Jangan pernah menggantungkan pada masing-masing atau mengabaikan e-mailnya. Ketika Anda jauh, telepon dan e-mail menjadi jembatan buat Anda.

Bersemangat dan lakukan sesuatu milik Anda
Jangan menyia-nyiakan hidup hanya karena dia jauh. Tetaplah pada rutinitas biasa atau mungkin lebih baik. Untuk semua kesempatan yang Anda batalkan atau ketika memutuskan tidak punya waktu karena dia, sekarang saatnya untuk melakukan semua itu.

Realistis
Jangan harap dunia akan pindah ketika Anda akhirnya bersatu kembali. Ada banyak hal yang perlu dipahami. Ia telah berada di lingkungan yang berbeda sehingga pahamilah ia perlu waktu untuk beradapatasi kembali hidup di rumah bersama-sama. Sisihkan waktu dan saling bicara apa yang tengah terjadi. Walaupun ini adalah cara sensitif untuk memahami kehidupan masing-masing

so aku harap tip-tip ni dapat membantu kowg y terjebak dalam cinta jarak jauh ni..huhu

Saturday, June 4, 2011

Kisah aku pasal Dara!!??

Kisah aku pasal dara.. WTF men.. pe ni. Perkataan ni da slu ak dengar dari mulut-mulut gadis di Malaysia. Ble ditanya?? Dieowg akan jawap cm ni.

"Dara xde hal r. Perempuan dara da xde da kt dunia ni"..

"Ala anak uztaz pn kadang-kadang da xde dara"..


OIT!! perempuan.. Sakit ati jgak r ble aku dengar dieowg ckp cm ni.. What the hell ko.. Klu da thu anak uztaz tu da xde dara xkn ko nk ikot jgak xde dara..


Kadang-kadang aku terfikir juga y dieowg selalu mengalahkan sang tupai (lelaki) coz tebuk kelapa (perempuan). Tapi klu diselidik balik. Perempuan y buat lelaki bernafsu dgn dieowg. Perkara yang paling jelas y aku nmpk cara berpakaian. Klu boleh tu nk tutup bahagian tutt.. tu jew.. Sebagai bukti tgk pic nie..



sorry r ak edit buruk cikit


Klu pkai cm ni.. Tok imam y da 10 tahun jadi imam pn iman leh tergugat. Ni lak lelaki y g masjid utk sembahyang jumaat je. lg r kn.. Aku pn xde r nk salah kn perempuan 100%.. Lelaki pun salah juga terlampau ikot nafsu buas tu. Yang jadi mangsa kaum hawa juga.


Media masa juga memain peranan dalam hal ni. Sebagai contoh.. Klu ditimbang balik. Cerita "Aku Masih Dara" arahan Ahmad Idham tu bukan untuk tayangan umum. 
 
 

 Aku paham Ahmad Idham y nk ceritakan tentang keluarga y xde pegangan agama menyebabkan rosak anak dara mereka. Tapi cube kowg bayangkan klu anak-anak y berumur 6 -10 tahun mungkin dieowg x leh fikir baik o buruk cite ni. Budaya kurang sihat dlm cerita ni akan diikuti. Dlm cerita ni de dialog Raja Farah y die nk join salah satu kelab xde virgin. Kowg bayangkan klu anak kecik dengar x terganggu emosi dieowg.



Conclusion entri ni.. ak harap kepada masyarakat malaysia, sila r ambk serius tentang perkara. Ini kerana ia melibatkan maruah keluarga,negara dan paling penting agama kita.

 
 




Tuesday, May 24, 2011

Tip Kempiskan Perut Boroi!!

Perut boroi dan gendut memang mencacatkan penampilan. Ikuti dan amalkan langkah berikut untuk mendapatkan perut yang cantik berotot:-

i) Minum banyak air kosong. Air mengenyangkan dan menjaga metabolisme badan.

ii) Berhenti minum minuman beralkohol. Alkohol walaupun minuman bebas lemak, namun mengandungi banyak kalori. Ini boleh meningkatkan tahap kortisol di dalam tubuh.

iii) Lakukan gerakan sit up. Senaman ini membantu mengurangkan mengurangkan lemak dan mengempiskan perut.

iv) Berkebun. Berkebun juga merupakan aktiviti fizikal yang ternyata mampu mengurangkan berat badan. Aktiviti ini diyakini dapat membakar lemak 350 kalori sejam.

v) Lakukan gerakan pinggul. Senaman gerakan pinggul dapat membakar kalori sama seperti berkebun.

vi) Amalkan makan banyak buah-buahan dan sayuran. Kdua-dua makanan ini mengandungi serat tinggi. Walaupun anda makan dalam jumlah yang banyak, anda tidak perlu risau terjadinya pertambahan lemak di bahagian perut.

Saturday, May 21, 2011

10 Perkara Kalau Lelaki Berkata-kata

Kan sering kita dengar, ada perkataan yg kalau perempuan cakp,so mesti ada makna tersembunyikan? so, ini antara 10 perkara yg kalau lelaki cakap dan makna tersiratnya... heeee....


1.Kalau lelaki kata: oklah awak, kita sembang lain kali ye
Maknanya: memang kami sibuk pon.takde nak kias apa2 pun.

2.Kalau lelaki kata: tak pe, saya tak kisah.
Maknanya: memang kami tak kisah pun sebenarnye.takde nk perli or sinis-sinis.

3.Kalau lelaki kata: kita kawan aje lah ekk..saya mmg suka kat awak tapi saya suka sebagai kawan je.
Maknanya: sebab lame sangat berkawan.dah terbiasa.so,x leh nk develope feeling more than a friend.takde sebab lain..masa nak dulu,korang yang jual mahal sapa suruh kan.sorry la erk..

4.Kalau lelaki kata: eh....u call ekk?sorry.tertidur tadi.
Maknanya: ye,memang kami tidur pun.

5.Kalau lelaki kata: lain kali je la kita keluar, i bz la sekarang ni...nanti i free i call u, ok?
Maknanya: kami ade banyak kejer yang tertangguh.tolong la faham.jgn la fikir -ve sgt.ape pon yang kami buat,untuk future.

6.Kalau lelaki kata: i sebenarnya tak la memilih sangat.
Maknanya: memag kami tak memilih pun.kami pilih perempuan yg sedap mata kami memandang je.tak semestinye kena lawa.

7.Kalau lelaki kata:i tak kisah penampilan u macamana pun.
Maknanya: jangan la mekap lama sangat.penat nak tunggu.

8.Kalau lelaki kata: lain kali kita keluar lagi ekk? i kena balik cepat la...ada hal..
Maknanya: memang lepas ni aku nk lagi keluar dgn kau.

9.Kalau lelaki kata: saya suka perempuan yg mcm ni...mcm tu..bla...bla. ..bla..
Maknanya: saya tipu je.saya tak kesah pon.lelaki tak detail nk pilih ape2 pon.saje nk bg awak merajok.sebab awak comel bila majok.kihkihkih

10.Kalau lelaki kata:u keje kat mana? as what?
Maknanya:mintak-mintak la keje biase2 je.kalau keje besar.taste pon besar gak.hantaran besar.demand mesti tiggi punye.nak jaga standard la kata kan.

have fun..huhu

"DON'T ALWAYS SLEEP LATE !"

Jadi saya ambil sedikit masa untuk menterjemahkannya ke dalam bahasa melayu supaya kita lebih senang faham (*google translator tak banyak membantu~!)
"JANGAN SELALU TIDUR LAMBAT!". Nak tahu KENAPA?
Tidur yang nyenyak dan sempurna sangat penting. Jika kita tidak tidur dengan baik, racun dalam tubuh kita akan terkumpul dan ini akan mempengaruhi tahap kesihatan serta emosi kita.
Punca utama kerosakan hati adalah:
  1. Tidur terlalu lewat dan bangun lambat adalah penyebab utama
  2. Tidak buang air kecil di pagi hari.
  3. Terlalu banyak makan.
  4. Tidak mengambil sarapan.
  5. Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan.
  6. Mengambil terlalu banyak bahan pengawet, aditif, pewarna makanan, dan perasa tiruan.
  7. Mengambil terlalu banyak makanan berminyak. Jangan mengambil terlalu banyak makanan berminyak walaupun makanan yang menggunakan minyak goreng terbaik seperti minyak zaitun. Elakkan mengambil makanan berminyak ketika anda dalam keadaan letih, kecuali ketika badan sedang dalam keadaan betul-betul fit.
  8. Mengambil terlalu banyak makanan juga boleh memberikan beban berlebihan kepada hati. Sayuran seeloknya harus dimakan mentah atau dimasak 3-5 bahagian sahaja. Sayuran yang dimasak harus dimakan dalam satu sajian dan tidak disimpan.
Kita harus mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dalam kehidupan. Amalan pemakanan yang sihat sangat penting bagi memastika tubuh kita untuk menyerap dan menyingkirkan bahan kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh.
Kerana ....
Fahami bagaimana tubuh kita berfungsi:
Malam (9pm - 11pm): adalah masa untuk menyahkan/membuang toxic chemicals (de- toxification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalam waktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan suasara yang relaks seperti mendengar musik. Jika seorang surirumah dalam ketika ini masih menjalankan aktiviti hariannya seperti mencuci pinggan atau mengawasi anak-anak membuat kerja rumah, ini akan memberikan kesan negatif pada kesihatannya.

Malam di (11pm-1am): Proses de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harus dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (1am - 3am): proses de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (3am - 5am): proses de-toxification di bahagian paru-paru. Oleh kerana itulah kebiasaannya bagi yang sedang mengalammi batuk, ketika ini anda akan mengalami batuk yang sangat kuat. Memandangkan proses de-toxification telah sampai ke saluran pernafasan, kita tidak perlu mengambil ubat batuk ketika ini kerana ianya akan memnganggu proses pembuangan toksin tersebut.


Awal pagi (5am - 7am): proses de-toxification di bahagian usus besar, anda harus mengosongkan usus.
Pagi (7am - 9am): Penyerapan gizi pada usus kecil, kita harus sarapan pada masa ini. Kepada mereka yang sedang saki, sarapan harus lebih awal iaitu sebelum pukul 6:30 pagi. Makan pagi sebelum 7:30am sangat berguna bagi mereka yang ingin kekal cergas. Mereka yang tidak sarapan, mereka harus mengubah kebiasaan mereka. Namun jika anda terlewat mengambil sarapan sehingga pukul 9am-10am sekalipun, itu masih lebih bagus daripada tidak bersarapan sama sekali. Tidur lewat dan bangun terlalu lambat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh.

Tengah malam sampai 4am juga adalah waktu untuk sumsum tulang menghasilkan darah.
Oleh kerana itu, dapatkan tidur yang sempurna dan jangan tidur terlalu lewat.
Sharing Is Caring~!

Wednesday, May 4, 2011

5 Negara Paling Gembira

Selepas menikmati dunia iaitu tidor. Aku terbaca satu aktikal dari salah sebuah newspaper tempatan. Tajuk aktikal tu Negara Paling Gembira. Waw cam menarik je untuk berkongsi dengan kowg. Antara negara gembira seperti dibawah:-

5. New Zealand

    New Zealand menjadi negara ke 5 paling gembira disebabkan sistem pendidikan negara itu diiktiraf terbaik dunia dan 94% gembira dengan kecantikan alam sekitar di negara itu.

Bendara New Zealand

Antara tempat di New Zealand



4. Australia

    Negara ini juga mempunyai sistem pendidikan yang baik dan rakyat mempercayai kerajaan. Negara ini adalah tempat yang baik untuk memulakan perniagaan.

Bendara kebangsaan Australia
Menjadi ikon untuk Australia

3. Finland

     Finland adalah sebuah negara di benua eropah. Negara ini menjadi tempat ke-3 paling gembira kerana kerajaan negara dipercayai, negara ini juga penjagaan kesihatan yang baik dan negara yang aman.

Bendara kebangsaan Finland

Salah sebuah banggunan di Finland


2. Denmark

    Kos permulaan perniagaan terendah didunia dan mempunyai taraf hidup paling tinggi di dunia.

Bendara Denmark

Banggunan di Denmark

1. Norway

    Pendapatan per kapita tertinggi di dunia dan peruntukan kesihatan kedua tertinggi di negara ini. Sebanyak 94% rakyat gembira dengan kecantikan negara meraka.



Norway

Tempat peranginan di Norway


p/s: aku tulis entri ini kerana aku nak kte sme2 menjadikan negara kita salah sebuah negara paling gembira untuk tahun hadapan pula. so pikir2 kan.huhu aaarriiiyyooozzz...

Saturday, April 30, 2011

Petua Kalau di Hujung Bulan..



5. Buat kesalahan sampai masuk penjara (dpt mkn free kt dlm..huhu)


4. Kol mak bapak untuk tanya khabar (trick student..huhu)


3. Buat muke posen kt jiran (klu nk pasti menjadi mintak kt nenek sebelah uma sewa aku.. cnfem dpt..huhu)


2. Minta tok ketua kampung buat tabung derma untuk kowg (ni peratus 20% je jadi..haha)


1. Baca ayat 1000 dinar (ni bru betol.. insyaallah mujarat..hahaha)


hahaha ni sume gurauan.. kowg pk r sendiri klu di hujung bulan...

Tuesday, April 5, 2011

Sebab Kenapa Lelaki tak pandai Mengorat..

hahaha tajuk entri kali aku nk jadi Dr Love ckt.. Nak kate pandai sgt bercinta tu x r.. Mungkin aku de bace-bace pasal cinta dan perkara y de kt aku sendiri sebenarnya y aku boleh kongsi dalam kongsinota ni..huhuh So aku nak bagi sebab lelaki kt Malaysia x dpt awek..


Frust wey...

1. Tak belajar – mana ade sekolah yang ajar cara-cara mengorat? de ke Sekolah Menengah Mengorat Wanita..hahah confem xde kn...


2. Pemalu – ini mungkin sifat semula jadi..tak perlu risau semua boleh diperbaiki. Malu ini sebenarnya masalah utama yang de dalam diri golongan seperti ini...


3. Takde adik beradik lelaki dalam keluarga – kira takde role model la..kalau tanya bapak mau kena jawab dengan tangan…ini pn salah satu jugak...



4. Kurang bergaul – ini bukan masalah sebenarnya…ramai lelaki (nak2 zaman IT ni) yang lebih suka menghabiskan masa di rumah. Kalau keluar pun dengan geng2 lelaki je..



5. Malas nak pikir – ramai yang tergolong dalam golongan ni…malas nak pikir pasal perempuan. Buat sesak kepala je…tapi bila tiba masanya, hati kita akan terbuka juga untuk menerima kehadiran perempuan…Nak buat camana ni?



p/s: tip ini adalah berdasarkan pengalaman aku…bukan dari expert, tapi cukuplah sekadar aku nyatakan yang aku tak pernah ada problem dalam area ni… so kowg leh r try ubah bende y leh halang utk dapat awek..huhuh Selamat Mencuba dari kongsinota

Saturday, March 19, 2011

ShiSha....

Balang Shisha
Sekarang ini siapa yang tidak tahu akan Shisha, lagi-lagi anak muda zaman sekarang ini. Semua anak muda jelas sudah pada tahu apa itu ShiSha, karena Shisha ini dapat di jumpai di beberapa kafe atau tempat restoran-restoran. Sesetengah restoran membuka gerai shisha dapat mendapat sambutan dari golongan muda. Shisha merupakan salah satu alternatif menikmati tembakau selain rokok. Namun apakah kalian tahu ternyata shisha bisa melebihi bahaya menghisap rokok.




  
Bergaya Gile Mat Bershisha
shisha atau rokok shisha sudah lama sekali di pergunakan atau di konsumsi bahkan sudah berabad-abad lamanya. Mereka yang mengkonsumsi shisha untuk menghilangkan stres, sambil bersantai dengan teman dan keluarga. Bentuknya seperti pipa air kuno, terdiri dari sebuah tabung panjang yang melekat pada gelaswadah plastik berisi air.

Shisha ini lebih populer di Arab dan Mesir, sedangkan di Lebanon lebih di kenal dengan nama Narghile, shisha sendiri kalau dalam bahasa inggris di sebut Hookah.

Orang-orang yang sering mengkonsumsi shisha ini beranggapan bahwa shisha lebih aman dari pada menghisap rokok. Namun pada kenyataannya lain, karena shisha ini sama shisha dengan menghisap rokok bahkan lebih.
atau
 bershisha 450 kali lebih bahaya dari rokok
Kenapa shisha tu bahaya..??

Ramai menyatakan ia lebih selamat daripada merokok, tetapi ia tidak wajar sama sekali kerana kandungan asas bagi rokok dan shisha adalah sama, iaitu tembakau. Tembakau yang digunakan untuk rokok diasapkan terlebih dulu sementara tembakau yang digunakan untuk shisha diperam.

Air dalam shisha tidak dapat menapis banyak jenis toksin dalam asap shisha. Shisha juga mengandungi nikotin, karbon monoksida dan lain-lain bahan seperti rokok biasa. Bahkan arang yang digunakan mendap dalam salur pernafasan dan meningkatkan masalah paru-paru kepada lebih teruk berbanding rokok biasa yang juga berbahaya dari segi bahan pengawet digunakan untuk mengawet dan merawat tembakau dalam rokok.

Penyakit y diterima oleh pelanggan shisha..??

Bagi mereka yang menghisap shisha di kedai kopi, perkongsian paip shisha mendedahkan mereka kepada bahaya lain seperti penyakit yang merebak melalui air liur.

Penyakit yang biasa kita dengar, berjangkit akibat berkongsi shisha adalah TB.

Tidak hairanlah jika kes TB di Mesir menjadi satu kebiasaan di semua hospital.







p/s: Nasihat dari kongsinota, anda fikir r pe y terbaik untuk diri sendiri. Jadi para sahabat dan peminat shisha yang selalu cakap shisha ni alternatif kepada rokok, sila tinggalkan aktiviti shisha anda atau anda terdedah kepada penyakit yang mara bahaya!

aaarriiiyoozzz dari Kongsinota


Friday, March 18, 2011

Cerita Lawak...

Aku wat entri semperna hari ni final Raja Lawak Astro live Astro Prima,Astro@15 dan Astro HD. Owg kte lawak ni leh wat hilang tension. Betol kew..??

Ok r. Cite pertama aku bertajuk "Kentut"..

Seorang wanita tua pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan. Doktor bertanyakan kepada wanita tersebut apa masalahnya.

Wanita tua menjawab dia menghadapi masalah kentut yang tidak berbunyi dan tidak berbau, sedangkan dia telah kentut sehingga sepuluh kali banyaknya ketika berada di pejabat. Memandangkan kentutnya tidak berbunyi dan berbau dia langsung tidak menyedari ianya berlaku. Doktor mendengar dengan teliti dan memberi wanita tua tersebut senarai beberapa jenis pil yang perlu di ambil. Doktor mengarahkan wanita tua itu mengambil pil-pil tersebut selama seminggu dan selepas itu datang berjumpa dengannya semula.

Selepas seminggu wanita tua itu datang semula ke klinik untuk menyatakan rasa tidak puas hatinya kepada doktor.

"Saya tak tau apa yang doktor berikan kepada saya, tapi bau udara di sekitar saya sangat busuk, tak dengar bunyi apa-apa pun tapi busuknya sangat dahsyat", kata wanita itu.

"Bagus, sekarang deria bau awak dah pulih, kita akan usaha untuk pulihkan deria pendengaran awak pula", kata doktor.


hahahaha.. ni cite kedua aku lak.. Bertajuk "Kurang Ajo"
 
 
 
Dalam suatu perbicaraan di Mahkamah.. Hakim meminta pesalah berdiri untuk diperdengarkan tuduhan.

"Saudara didakwa membunuh seorang guru dengan menggunakan gergaji" kata hakim.

Dari belakang terdengar seseorang berteriak... "Kurang ajar!!!"

"Bawa bertenang. Ini Mahkahmah!" bentak hakim.

Hakim kemudian membacakan lagi tuduhan...

"Saudara juga didakwa melakukan pembunuhan terhadap seorang penjual akhbar dengan
menggunakan pisau..!"

"Celaka!!!" teriak pengunjung tadi.

"Tenang, Bawa tenang!" teriak hakim dengan keras.

"Dan.. saudara juga dituduh melakukan pembunuhan terhadap seorang posmen dengan menggunakan
parang..!" kata hakim.

"Keparat!!!" teriak pengunjung tadi tanpa boleh ditahan.

Dengan geram Hakim berkata,
"Jika anda tidak boleh berikan alasan kenapa anda berperangai seperti ini.. saya akan
perintahkan anda di masukkan ke Hospital Bahagia atas kesalahan menghina mahkahmah!"

"Maaf.. Yang Arif..." pengunjung tadi berkata...
"Saya adalah jiran pesalah... sebenarnya setiap kali saya ingin meminjam gergaji, Pisau dan
parang... dia selalu cakap... tidak ada!" 

 
Dan ni cite ketiga aku. Mungkin klu nama pada tajuk mesti sume dak2 suke..hahaha tajuk die "Malam Pertama"
 
 
Suasana masih riuh di luar. Sanak saudara semuanya berkampung disini.Gelak ketawa, gurau senda jelas kedengaran. Aku memimpin isteriku ke dalam bilik pengantin. Suara-suara sumbang terlalu banyak yang menegurku.

"Hai, malam masih muda, dah nak masuk tidur?" sapa Pak Ucu.

"Orang muda bang Aji, biarlah. Air dah penuh kat kepala tu." sahut Pak Tam disambut hilai ketawa sanak saudara yang lain. Meriah sungguh keadaan diluar walau jam sudah menunjukkan pukul 11.00 malam.

Hadiah yang masih belum dibuka ku susun ke tepi. Lampu ku tutup. Merebah diri ke katil pengantin, aku menoleh ke arah isteriku.

"Kita tidur dulu lah yer. Ramai sangat orang kat luar tu." Isteriku Hanya mengangguk tanda setuju.

Entah pukul berapa sekarang, aku pun tidak tahu. Keadaan di luar gelap gelita dan senyap sunyi. Tanda sanak saudaraku telah pulang dan keluargaku telah tidur.

Jari jemariku lembut membelai rambutnya. Ku selak rambut ikal yang Menutupi telinganya lalu membisikkan "Assalammualaikum!" ke telinganya untuk Menguji isteriku.

"Wa alaikummussalam." Rupanya isteriku masih belum tidur. Ku kucup pipi halusnya. Ku kucup dahinya yang mulus. Semerbak harumnya menusuk deria bauku. Akanku tunaikan tanggungjawabku sebagai suami malam ini. Jari-jemari ini terus membelai tubuhnya. Perasaanku tidak dapat dikawal lagi, namun...

"Kringggggg...."

"Tik..tik..tik..tik..."

"Kring.. kring..kring.."

Bunyi-bunyi jam loceng entah dari mana memenuhi ruang bilikku. Terkejut dengan segala macam bunyi yang ada, aku membuka lampu. Serentak itu, terang benderang seluruh rumahku. Bunyi-bunyi ini telah berjaya membangunkan semua orang di rumahku.

Aku mencari-cari punca bunyi-bunyi itu. Mataku terarah ke sekotak hadiah yang masih terbalut rapi. Aku buka dengan pantas dan di dalamnya terdapat 5 buah jam loceng. Juga sekeping kad berbunyi... Selamat Pengantin Baru,

Jangan gopoh-gopoh. Baru Pukul 2 pagi. Jangan maree.. kami potong stim.

Dalam hatiku.. cilaka punya kengkawan. Potong stim betullah!!!

hahahhahaa aku rase samapi cini je r cite y aku nk kongsi ngn kowg.. klu de cite bru g. Aku akan kongsi ngn kowg k.. 

Aaarriiiyyooozzz dari kongsinota...
 

 

Friday, March 11, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa...




Filem yang berkisarkan pengembaraan Merong Mahawangsa (berketurunan Alexander The Great) yang menjadi pengawal kepada Putera Empayar Rom yang ingin ke Asia Tenggara bagi mengahwini Puteri Dinasti Han. Perkahwinan diantara Putera Rom dan Puteri dari negara China ini adalah mahu menyatukan kedua – dua empayar dan perkahwinan mereka dilakukan di tanah yang tidak dijajah oleh mana – mana empayar (Natural Grounds) yang terletak diantara empayar barat dan timur.
Walaubagaimanapun, Armada Merong Mahawangsa telah diserang oleh Lanun dari negara Garuda (ia sebenarnya burung Garuda dalam Hikayat Merong Mahawangsa) dan Puteri tersebut telah diculik oleh lanun – lanun tersebut. Setelah berlaku serangan tersebut, bermulalah epik dimana Merong Mahawangsa cuba menyelamatkan puteri tersebut dan menyatukan empayar dari barat dan timur itu.

Antara pelakon yang menjayakan filem ini: Stephen Rahman-Hughes, Jing Lusi, Gavin Stenhouse, Craig Robert Fong, Eric Karl Henrik Norman, Keith Chong, Keith Chong, dan juga beberapa pelakon melayu yang dikenali oleh peminat filem tanah air iaitu Khir Rahman, Jehan Miskin, Kuwasdinata, Umie Aida dan Dato’ Haji Rahim Razali.

Komen Kongsinota
: aku mulakan komen filem ini dengan seribu kemaafan kerana sudah lame mengabaikan tanggungjawab aku sebagai blogger. Aku terlalu sibuk dgn tugasan projek untuk aku siapkan. Alhamdulillah keje-keje tu dpt aku siapkan. So berbalik cite asal y aku nk kongsi kt kowg ni. First impression da tertarik. Disertakan pulak dengan trailer y menarik. First aku nk ucapkan tahniah kepada KRU Studios kerana telah membawa pembaharuan filem Malaysia. Setengah owg da muak da nk tgk filem Malaysia kerana jalan cite,konsep dan ending cite suda owg da leh teka. Sume sme. Smpai dengar je nama pengarah ni owg da menyampah. Filem-filem y die buat boleh diibaratkan mcm sampah y de kt tapak pelupasan kt kepong tu..haha
 
"relex r brade, bunyi cm mara je..huhuhu" bukan mara just nk luahkan je..hahah
 
Ok blk kepada Merong Mahawangsa. Penggambaran telah dijalankan di beberapa buah negeri di Malaysia dan lebih 90% di Terengganu. Lokasi-lokasi lain termasuk Kuala Lumpur dan Kuantan, Pahang. Hikayat Merong Mahawangsa dibawah arahan Yusry Abdul Halim yang telah membawa pelbagai kelainan dan pencetus penggunaan teknologi CGI di Malaysia dalam setiap filem arahannya. Filem ini turut menggunakan barisan kumpulan seni mempertahankan diri yang berpengalaman dibawah bimbingan Chan Man Cheng. Beliau pernah terlibat didalam kapasiti yang sama bagi filem – filem blockbuster antarabangsa antaranya Hellboy 2, Rush Hour dan Police Story.

Filem ini menelan belanja RM8juta yang sekaligus menobatkannya sebagai filem termahal dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini dan kedua termahal dalam sejarah industri perfileman tempatan selepas filem Puteri Gunung Ledang.Namun ini tidak bermakna ianya kurang dari segi kualiti berbanding dengan Puteri Gunung Ledang kerana KRU Studios percaya bahawa penjimatan kos dapat dibuat melalui penggunaan teknologi CGI. Dengan adanya CGI, penyediaan set tidak perlu menelan belanja yang sangat besar. Hanya prop dan set utama dibina seperti empat (4) buah kapal, perkampungan Melayu pada kurun ke-2, pelabuhan kapal, set gambaran Istana di Rom, China dan juga pelabuhan Goa di India.


p/s: aku akan filem ni akan dapat sambutan memberangsangkan dari masyarakat Malaysia. Selamat menonton dari kongsinota..aariiyozzz


Sunday, February 13, 2011

Kalau Da xde Keje..

Firstly aku nk minta maaf coz lmbt update blog kerana terlampau bz dengan komitmen y de..hahaha

"poyo r lu brade" kata anuar kepada aku..

Ok entri kali ni, aku nk balas balik entri sebelum ni y "kerja x semudah disangkakan"...

Entri ni ak nk tunjukkan video, apabila segelintir manusia y da xde keje nk.. SAK..sikan..huhuh


ok ak nk komen cikit pasal video ni.. Pe kejadah r mat2 saleh ni wat.

De kepatut owg y sedap menunggang basikal sambil berangan menjadi Azizulhasni Awang..hahaha dieowg g tolak sampai jatuh kt rumput.. nasib bukan kt Malaysia klu paling tepat kt KL. x pasal2 kne saman ngan bandaraya kerana melanggar akta memijak runput....hahaha

Satu lagi gelagat mat saleh ni, owg ngh stim2 bace newspaper kt taman.. de kepatut die g bakar surat khabar tu.. die x thu kew harga surat khabar da nek sekarang coz minyak petrol nek (alasan dari peniaga bila ditanya kenapa harga sebiji  kuih nek smpai 50 sen sebiji..)..hahaha lantak kowg r peniaga2 sume..


Tapi mat2 saleh ni de wat kebaikan jgak.. contoh masa de pasangan y sedang syok2 c0molot tu dieowg kacau.. mungkin da lesen dari Jabatan Agama Islam kot..


"mungkin dieowg jeles kot x dpt comolot dgn gadis amerika putih ni" kata imran kt aku

Ada betol ckp imran tu.. Mungkin r kot ean2... Tp x pe r.. jnji dieowg happy carrer dieowg...

Aku da ngntok so aku nk titow r.. Ingt pe y kte wat melambangkan diri kite sendiri



ariyosszzz dari kongsinota

Sunday, February 6, 2011

Kerja Tak Semudah di Sangkakan

Kerja..?? Sume owg kne keje utk dapat duit dan pengalaman.

Apa-apa pon, Life is too short for a wrong job!









p/s Renung-renungkan & Selamat Cari Kerja Baru

Wednesday, February 2, 2011

3 Tip Untuk Elakkan Khalwat

hahaha tajuk entri kali mesti kowg ingat aku ini terokkan. Sebenar aku tulis entri coz aku terbaca satu atikal pada salah satu akhbar Malaysia yg bertajuk "sawan ditangkap khalwat".



Mula-mula aku tergamam jugak dengan aktikal yg tertulis didada akhbar tu. Tapi mula larh timbul satu perasan kesian beserta nak tergelak pun de jgak.hahaaha rasa nak gelak tu sampai berguling-guling pada masjid dekat umah aku sampai ke umah. mane x nya dan2 kne tangkap dan2 tu jugak sawan tu nak datang..huhuh


Aku timbul larh berapa-berapa idea yg aku nk kongsikan dengan kowg tip klu x nk kne tangkap khalwat.



 
Tiba-tiba kowg wat larh gila, dan buat-buat x kenal pasangan kowg
result: kowg kan dapat satu TAMPARan hebat dari pasangan kowg dan TAMPAR dari jabatan agama islam tu sendiri beserta TAMPARan manja dari Mak Bapak owg berduet dgn Mak Bapak pasangan kowg..



Guna larh teknik "fly" yg kowg belaja di asrama dulu, terjun dari tingkap
result: tulang belakang kowg patah riuk, masuk hospital dan menyusahkan Mak Bapak kowg berbulan-bulan. klu kowg bernasib baik akan dapat driver (pemandu van jenazah) utk anta kowg kt uma baru (kubur)..


hahaha sorry2 jgn mara. Aku de satu lg teknik yg mungkin kowg x kn kene tangkap ngan JAIS (klu kt selangor larh).



kowg bwk Mak Bapak kowg check in hotel skali tapi book bilik len2. Atau bahasa yg senang nya kowg KAWEN je klu da x tahan sgt.

p/s kesimpulan disini, xyah r nk sebok-sebok nk berkhalwat sgt. Yg wanita jgak diri anda dan yg lelaki kawal nasfu serakah kowg tu. Klu bende tu kne kt keluarga kowg cm ne.. mahu x hangin kn.. So ingat r de owg perhatikan kte kt atas tu..


aryoszz dari kongsinota

Monday, January 31, 2011

Animasi Terbaru Malaysia.


Berbekalkan cuaca y sejuk dan ditemani mata y sangap nk tido. Aku mendapat satu infomation y nk dikongsikan dengan kowg sume. Entri terbaru ni, aku nk memperkenalkan animasi terbaru Malaysia.



 
 Klu kowg yg lahir pada tahun 80-90'an, kowg pasti pernah nama animasi Keluang Man, Usup Santorian dan Anak-anak Sidek. Kepada kanak-kanak zaman sekarang, hanya mengenali animasi Malaysia iaitu Upin Ipin sahaja selain animasi yg de di cannel cartoon network ataupun di Astro Ceria. Sekarang ini muncul lagi satu animasi 100% buatan anak Malaysia yang diberi nama Supertots. Sila tengok preview Supertos di video yang aku sharekan di atas tue ye. Nampak cantik dan kemas animasi yang dibuat oleh syarikat NetCarbon. Tahniah kami ucapkan.

bakal menjadi superhero dihati anak-anak di Malaysia

 Di sini aku sertakan serba sedikit sinopsis cite ini. 


Supertots mengisahkan 5 kanak-kanak yang mempunyai “superpower” dan mereka bertanggungjawab menjaga keamanan galaksi bumi. Mereka diketuai oleh Captain Danny, Elly, Alan, Sasha dan Blinq bersama kapal angkasa mereka, Atoq menjalankan misi mencari dan menyelamat makhluk asing dari ancaman Zeeboz, genius jahat tak menjadi (wannabe).

p/s aku dari kongsinota sentiasa menyokong dan support produk Malaysia. Support r filem kita, bak kata Zainal Alam Kadir "wayang sapa, kalau bukan wayang kita". huhuhu

ariyoszz dari kongsinota