Pages

Monday, January 31, 2011

Animasi Terbaru Malaysia.


Berbekalkan cuaca y sejuk dan ditemani mata y sangap nk tido. Aku mendapat satu infomation y nk dikongsikan dengan kowg sume. Entri terbaru ni, aku nk memperkenalkan animasi terbaru Malaysia.



 
 Klu kowg yg lahir pada tahun 80-90'an, kowg pasti pernah nama animasi Keluang Man, Usup Santorian dan Anak-anak Sidek. Kepada kanak-kanak zaman sekarang, hanya mengenali animasi Malaysia iaitu Upin Ipin sahaja selain animasi yg de di cannel cartoon network ataupun di Astro Ceria. Sekarang ini muncul lagi satu animasi 100% buatan anak Malaysia yang diberi nama Supertots. Sila tengok preview Supertos di video yang aku sharekan di atas tue ye. Nampak cantik dan kemas animasi yang dibuat oleh syarikat NetCarbon. Tahniah kami ucapkan.

bakal menjadi superhero dihati anak-anak di Malaysia

 Di sini aku sertakan serba sedikit sinopsis cite ini. 


Supertots mengisahkan 5 kanak-kanak yang mempunyai “superpower” dan mereka bertanggungjawab menjaga keamanan galaksi bumi. Mereka diketuai oleh Captain Danny, Elly, Alan, Sasha dan Blinq bersama kapal angkasa mereka, Atoq menjalankan misi mencari dan menyelamat makhluk asing dari ancaman Zeeboz, genius jahat tak menjadi (wannabe).

p/s aku dari kongsinota sentiasa menyokong dan support produk Malaysia. Support r filem kita, bak kata Zainal Alam Kadir "wayang sapa, kalau bukan wayang kita". huhuhu

ariyoszz dari kongsinota 

Sunday, January 30, 2011

Kenali Watak Anda pada Rambut

Sudah seminggu aku x update blog. Mungkin ini masa nya.hahaha Dalam keadaan letih y baru pulang bermain ragbi di Victoria Institution School kt Kuala Lumpur. Disana terlalu ramai owg datang menyaksikan kehebatan team-team ragbi y de kt Malaysia ini. Sedang owg sebok training utk bermain, aku telah mendapat ilham (bukan idham mahupun idlan) utk meng 'update' blog ini. Dan aku memilih Rambut topik kali ini.

Rambut mmg sinonim dgn kita. X kira r, wanita o lelaki. De owg ckp perwatakan kita terletak pada rambut kita. "betol kew..??" Sekali gus, timbul 1 persoalan dlm kepala otak aku tentang kenyataan itu. So dalam entri kali ini, aku nk huraikan pe yg belom terhurai dlm entri ini. Dibawah terdapat serba sedikit tentang perwatakan kita pada rambut:-

1) RAMBUT LURUS
bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,dan pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan
kegilaan wanita dunia
 

2) RAMBUT KERINTING TEBAL
kurang bijak, degil, cemburu kuat, romantic,banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung

3) RAMBUT KERINTING NEGRO
bijak, ego, cemburu buta, romantic, memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah. 
"aku bangga dgn rambut ini..huhuhu"kata Rahim kpd aku


4) RAMBUT IKAL MAYANG
bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu,berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaaf kan seseorang dengan kesilapan lalu.

5) RAMBUT HALUS/LEMBUT
bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.


6) RAMBUT SIKIT
bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang, ego dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.
 
aik,abang wat muka pelik lak..
7) RAMBUT PERANG
kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial dan bijak lari daripada masalah.


8 ) RAMBUT TEBAL
bijak, degil, cemburu, romantic, kasar, banyak kawan dan pandai mengambil hati seseorang.

9) RAMBUT KUSUT
sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan.
 

10) RAMBUT BERUBAN
kurang bijak, suka termenung, sosial sikit,berfikiran terbuka dan pandai selesaikan masalah diri.

11)TIADA RAMBUT
macam mana nak kate ye....kesian
"hahaha de bran.. tp owg botak ni seksi, betol ke maa'rof..??" aku bertanya kpd Maa'rof



12) RAMBUT WARNA KEMERAH-MERAHAN ATAU KEHIJAU HIJAUAN

itu rambutann... Hahaha jgn mara ini gurauan..


p/s kesimpulannya, walau cm mana style rambut kita. Perwatakan kita melambangkan diri kita. So kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi (peh cm ayat melodi da). Jadi lah diri anda sendiri.huhu 
Ariyoszz dari kongsinota...

Saturday, January 22, 2011

Aku dan Sukan...

Pada malam sunyi, aku keseorangan hanya bertemankan televisyen y menyiarkan wrestling ( bahasa melayu nya gusti) di astro. Tiba-tiba fikiran aku dihujani idea untuk menulis cite tentang aku dan sukan. Kalau da sukan mesti r berkasut. Betol x..??


"pe hal r mamat ni mengarut malam-malam buta" komen dari seorang lelaki dibelakangku..

Ok r. Tanpa membuang masa, aku start entri ini pada zaman aku umur 11 tahun. Sukan yg aku ceburi ialah bola sepak r pe lg sukan yg famous masa umur yg boleh dikatakan belom mumayiz. Tidak kira masa, malam,siang mahupun matahari di atas kepala pn aku tetap bermain bola sepak.

ketika bermain

Sehinggakan bila aku pulang dirumah mama berkata begini:-

"oit angah ko ni da mcm anak keling da mama tgk, hitam legam" siap disambung abah aku

"tah da sme da ngan anak si yasin tu (tauke kedai runcit dekat dgn uma aku)"

Peh tahu aku dok batu caves. Sekolah pn campur dengan budak india. Hah kerana minat yg mendalam terhadap sukan aku tidak pedulikan perlian mama ngan abah aku. Pada ketika itu, aku jugak bermain dengan kelab LNFC (Laksamana Nakhoda Football Club). Kelab tu ditubuhkan semperna gambungan budak Nakhoda(kampung tempat aku tinggal) dan budak Laksamana(kampung sebelah kampung aku) telah menyertai 1 tournement anjuran JBFC (sebuah kelab di kampung sebelah). Dengan sebab itu, aku merengek-rengek kt abah utk mendapat kn kasut sukan atau lebih senang boot. Korang nk boot pe y abah beli kn utk aku. Boot bola y diperbuat dari kain tu (klu kt tempat aku owg pggl boot keling..Sorry sangat-sangat kerana faktor zaman boot tu x dpt aku tunjukkan).



Kerana mendapat tempat ke-4 dari 12 team (terbaik r baru setahun team tu ditubuhkan). Aku telah mendapat boot baru dari mama semperna hadiah kemenangan.

Boot berjenama LOTO
Gile ko x bangga dapat boot. Dengan boot ni jgak aku bermain mewakili sekolah (Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Selayang 1). Dalam team sekolah boot aku antara boot nampak mahal (haha market).. Tapi dengan bekalkan kn boot ini, sekolah terkandas diperingkat suku akhir. Sekaligus memusnahkan impian aku menjulang pingat untuk sekolah dan tamat la kisah aku dan bola sepak.

Pada masuk umur 16 tahun, aku tidak lagi aktif bermain bola memandangkan badan da mula meningkat nek. Aku telah menceburi bidang baru iaitu ragbi. Waw bile dgr je ragbi mesti takut kn..huhu Ok aku start bermain ragbi ketika aku masuk sekolah berasrama iaitu tech-jaz( Sekolah Menengah Teknik Jasin,Melaka). Di situ aku belaja bermain ragbi. Kira ketika tu aku bodoh-bodah alang la main ragbi ni.

bola ragbi

Aku main ragbi kerana tiada sukan lain y aku boleh main di sekolah tu. Aku turun la bermain dengan senior-senior. Botak (nickname senior) y mengaja aku rule, cara permainan, position sume la tentang ragbi. Dengan kekerapan dan kerajinan aku turun training aku diberi peluang bermain top 15 player. Aku ingin lg position y aku main ketika itu ialah flanker di tourment INTER-TECHNIC y berlangsung di Sekolah Menengah Teknik Ampangan. Dengan berita itu, aku dibenarkan pulang ke rumah lalu memberi peluang meminta boot baru.

ni boot kesayangan aku


main ragbi

Dalam kejohanan itu,sekolah aku telah mendapat tempat ke-6 dari 14 sekolah di sekitar Johor,Melaka dan Negeri Sembilan. Bermula carrer aku sebagai pemain ragbi sehingga r kini. Sekarang aku bermain mewakili tempat aku belajar di Politeknik Sultan Idris Shah,Sabak Bernam. Boot diatas itu jugak aku pakai bermain di poli ini. Klu x caya tgk kt bwh:-
ni aku y memakai jersi poli
dan ni team aku kt poli (tgk suar putih tu market)..huhu

p/s: bersukan tidak salah tapi jangan bersukan sampai mengabaikan tangungjawab. Lagi pun sukan dapat membuat otak dan minda kita cergas. Kata akhir dari kongsinota maju la sukan untuk negara dan kita..huhuh

Friday, January 21, 2011

Review Filem: Khurafat Perjanjian Syaitan







Filem:
Khurafat

Pengarah:
Syamsul Yusof

Pelakon:
Syamsul Yusof, Liyana Jasmay, Sabrina Ali, Fauziah Nawi,
Salina Saibi, Mariani, Zendy Rosman, Latif Borgiba, A.Galak.

Klasifikasi:
PG13

Tarikh Tayangan:
Bermula 13 Januari 2011


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang Johan yang bekerja sebagai salah seorang pembantu perubatan dan baru sahaja berkahwin dengan seorang wanita bernama Aishah. Pada permulaannya mereka hidup bahagia tetapi hari demi hari kebahagiaan mereka mula terhakis dek daripada gangguan misteri yang sering mengganggu mereka sepanjang masa.

Johan mengesyaki gangguan ini berpunca daripada rasa tidak puas hati seseorang terhadap dia atau pun isterinya dan Johan mula berfikir siapakah insan - insan yang berpotensi untuk menjadi punca kepada semua masalah yang melanda mereka suami isteri. Kini hanya ada dua orang sahaja yang berpotensi untuk melakukan perkara khurafat ini terhadap Johan dan isterinya iaitu sama ada seorang perempuan tua yang bekerja sebagai tukang sapu di tempat kerja Johan yang sering menyapa beliau dan memberi beliau makanan ataupun seorang gadis bernama Anna, iaitu bekas kekasih Johan yang masih menaruh cinta terhadapnya.

Jadi, siapakah sebenarnya dalang yang bertanggungjawab di dalam masalah ini? Anna atau nenek tua itu? Adakah gangguan terhadap Johan dan isterinya akan berakhir? Saksikan filem Khurafat di pawagam berhampiran anda sekarang.
 
Trailer Khurafat:Perjanjian Syaitan
 

ulasan saya:
Secara jujurnya aku mmg kurang minat kepada pengarah filem ini Syamsul Yusof. Tetapi filem genre seram pertama arahannya telah membuat aku terasa ingin menonton. Dari sumber-sumber y dipercaya dan trailernya filem ini telah mendapat sambutan hangat dari penonton. Siapa yang tidak tertarik apabila ada rakan - rakan yang bercerita bahawa filem ini sangat seram sehinggakan ada yang menutup mata daripada awal filem hingga ke akhir cerita Memang seram sangat bunyinya tu. Promotion y hard membuat daya tarikan penonton. Dengan membariskan pelakon y agak hebat seperti Liyana Jasmay y menjadi kegilaan ramai jejaka malaya diserta lakonan mantap ibu Fauziyah Nawi y memberi implak kepada filem ini. Apa - apapun, ini memang satu percubaan terbaik daripada Syamsul Yusof. Tahniah kepada beliau dan seluruh warga krew produksi yang terlibat dalam menjayakan filem Khurafat ini.
 
kegilaan remaja lelaki
 
lakonan mantap-ibu Fauziyah Nawi
 
 
 P/S: Kepada yang lemah semangat atau sakit jantung tu rasa - rasanya kena fikir berkali-kali dulu kut nak menonton filem ini sebab memang seram. Selamat menonton yer kepada semua!
Selamat Menonton dari KONGSINOTA.
 
 
 
 
 
 
 
 

Thursday, January 20, 2011

KeLuMpAnG...

Ini ialah entri pertama aku. Seperti tajuk entri diatas. Ok aku start entri ni pengenalan tentang kelumpang. Kelumpang dikira sebagai sebuah pekampungan yg terletak berhampiran pekan Kuala Kubu Bharu.

Mesti kowg tertanya-tanya, "asl la mamat ni nk cite pasal kelumpang lak..??"..

Aku bukan saje-saje nk tulis pasal tempat ni. Sebab nya aku bersama pengehuni rumah wak anip serumah baru (baru x baru sangat la) saja pulang ber "camping" di sana. So nk berkongsi r keadaan tempat itu.

Pada (14/01/2011) hari jumaat, kami berkumpul di rumah wak anip yg berada di kg sg lang,Sabak Berman. Nak dipendekkan cerita kami bergerak la ke sana mengikut peta yg dicari mengunakan "googlemaps" berada dibawah:

peta kelumpang
Kami sampai disana kira-kira 6.00-6.30ptg (aku x tgk jam lak time tu) dengan menempuh pelbagai cabaran mahupun dugaan.
kami sampai disana


 Hari semakin cemburu dengan kami. Kami membahagikan tugas. Sebahagian membuat tempat santapan malam, sebahagian lagi menbuat unggun api dan selebih memasang khamah tempat kami menghilangkan penat. Kami membuat kerja dengan pantas dan berkerja dalam keadaan gelap dan bertemani air yg turun dari langit. Semua menjalankan tugas dengan tekun dan bersungguh-sungguh..haha (gile r x prnh aku tgk kowg wat keje sesungguh ini.. caya r kowg..huhu)



Setelah semua tugas telah siap, kami semua hanya memfokuskan kepada santapan malam (gile lapa time tu, sehari x mkn).. Tugas masak-memasak ini di ketuai oleh mmbr aku yg diberi nama Ikram Rahim. Santapan pada malam itu agak byk jugak la seperti ayam y diperam selama sehari dirumah, hot dog dan juga ikan yg akan di bakar sebentar lagi.(sorry gmbr makanan x byk)

Ayam BBQ
 Setelah menunggu dalam sejam lebih baru kami kenal erti makan sebenar nya. Kami makan dengan bermandiakn hujan yg x berhenti sejak kami datang td. Disebabkan makanan terlampau byk, so tempah makan dipanjangkan sehingga pukul 12 tgh mlm (waw gile lama kowg mkn kn..huhu). Selepas mkn, aku yg berbekal mata yg sesangat kecil (umpama semut nk masuk dalam mata pn kne makan jus mate 5..huhu). Tanpa mengenal erti sahabat, aku mencari port yg melegakan anak mata aku. Tidak sampai 5 minit mata aku dilelapkan, aku telah berada disuatu dunia yg dipanggil mimpi..huhuh

Pada (15/01/2011), pagi nyaman yg diliputi pokok yg kehijauan menyegarkan mata yg keletih berkerja semalam. Rupanya malaysia belum lagi kepupusan pokok yg menghijau.
antara khazanah negara yg ada


Kami menggunakan masa yg baik mungkin untuk melepaskan sanggap terhadap air sungai dengan cara bermandi-manda. Air sungai disana mmg jernih dengan tanpa pencemaran. Air sungai mmg selalu dikaitkan dengan kesejukannya (air punya sejuk leh sampai ketulang dan otak menjadi "jem" seketika..huhu).
Air Sungai

Bermandian



 Tempoh melepaskan sanggap air sungai sehingga 12.00 tgh hari. Kemudian nya,kami membuat persiapan untuk pulang kehalaman rumah. Sebagai masyarakat yg prihatin (haha terbaik wok..huhu),kami menyemas cikit tempat kami berkhamah supaya pengujung lain dapat menggunakan tempat itu dengan selesa..
berkemas





Go Home



Sekali lagi, aku akan menghadapi kepenatan didalam kereta untuk pulang rumah. Tapi kami x pulang dengan tangan kosong..huhu (thanx kepada Hazwan Mahabob)

Hadiah dibawa pulang
Finally aku nk ucap thanx kt (Azry Azmi,Ikram Rahim,Ajwad Taha,Hazwan Mahabob,Fahmi Baharuddin,Aizat Ilah,Irwan Syazwan,Syazwan,Azmil Hamid,Rezzal Sufian,Amyrul) coz kowg memberi kerjasama dlm percutian ini. Thanx You..

P/S: Dunia ini memang indah, dengan keindahan itu boleh membuat seseorang berasa tenang dan bahagia. So jaga keindahan ini untuk kegunaan dimasa hadapan.

kongsinota..???

Yezza akhirnya.. Aku telah berjaya mengadakan my own blog..haha..
Setelah lama aku mengidamkan sebegini rupa(ceh ayat). Bertarikhkan (20/01/2011) termentera la kongsinota.blogspot. Aku pilih nama blog ni agak lama jugak la coz nk sesuai kn dgn genre yg aku kongsi kn.. Sebab tu r blog ni diberi nama KONGSI NOTA.. Kongsi bermaksud sharing dan nota bermaksud info.haha
Nota kosong


'bout this blog atau nama lain nya genre untuk blog ni la..
Aku memilih berkonsepkan random atau umum. Ape bende yg terlintas kt otak kurnian illah ni aku akan tulis..huhu(mungkin ini lebih senang kot).. Semua benda berlaku kt dunia aku akan tulis.. Harapan aku tulis blog ini untuk berkongi info yg aku dan mungkin kowg pn x tahu.

By the way, aku pn baru je mencemburi bidang bloging2 ni. So sebarang cadangan mahupun comment sesangat la dialu-alukan. Facebook email: lonelysoldierboy_90@yahoo.com.my