Pages

Tuesday, May 24, 2011

Tip Kempiskan Perut Boroi!!

Perut boroi dan gendut memang mencacatkan penampilan. Ikuti dan amalkan langkah berikut untuk mendapatkan perut yang cantik berotot:-

i) Minum banyak air kosong. Air mengenyangkan dan menjaga metabolisme badan.

ii) Berhenti minum minuman beralkohol. Alkohol walaupun minuman bebas lemak, namun mengandungi banyak kalori. Ini boleh meningkatkan tahap kortisol di dalam tubuh.

iii) Lakukan gerakan sit up. Senaman ini membantu mengurangkan mengurangkan lemak dan mengempiskan perut.

iv) Berkebun. Berkebun juga merupakan aktiviti fizikal yang ternyata mampu mengurangkan berat badan. Aktiviti ini diyakini dapat membakar lemak 350 kalori sejam.

v) Lakukan gerakan pinggul. Senaman gerakan pinggul dapat membakar kalori sama seperti berkebun.

vi) Amalkan makan banyak buah-buahan dan sayuran. Kdua-dua makanan ini mengandungi serat tinggi. Walaupun anda makan dalam jumlah yang banyak, anda tidak perlu risau terjadinya pertambahan lemak di bahagian perut.

Saturday, May 21, 2011

10 Perkara Kalau Lelaki Berkata-kata

Kan sering kita dengar, ada perkataan yg kalau perempuan cakp,so mesti ada makna tersembunyikan? so, ini antara 10 perkara yg kalau lelaki cakap dan makna tersiratnya... heeee....


1.Kalau lelaki kata: oklah awak, kita sembang lain kali ye
Maknanya: memang kami sibuk pon.takde nak kias apa2 pun.

2.Kalau lelaki kata: tak pe, saya tak kisah.
Maknanya: memang kami tak kisah pun sebenarnye.takde nk perli or sinis-sinis.

3.Kalau lelaki kata: kita kawan aje lah ekk..saya mmg suka kat awak tapi saya suka sebagai kawan je.
Maknanya: sebab lame sangat berkawan.dah terbiasa.so,x leh nk develope feeling more than a friend.takde sebab lain..masa nak dulu,korang yang jual mahal sapa suruh kan.sorry la erk..

4.Kalau lelaki kata: eh....u call ekk?sorry.tertidur tadi.
Maknanya: ye,memang kami tidur pun.

5.Kalau lelaki kata: lain kali je la kita keluar, i bz la sekarang ni...nanti i free i call u, ok?
Maknanya: kami ade banyak kejer yang tertangguh.tolong la faham.jgn la fikir -ve sgt.ape pon yang kami buat,untuk future.

6.Kalau lelaki kata: i sebenarnya tak la memilih sangat.
Maknanya: memag kami tak memilih pun.kami pilih perempuan yg sedap mata kami memandang je.tak semestinye kena lawa.

7.Kalau lelaki kata:i tak kisah penampilan u macamana pun.
Maknanya: jangan la mekap lama sangat.penat nak tunggu.

8.Kalau lelaki kata: lain kali kita keluar lagi ekk? i kena balik cepat la...ada hal..
Maknanya: memang lepas ni aku nk lagi keluar dgn kau.

9.Kalau lelaki kata: saya suka perempuan yg mcm ni...mcm tu..bla...bla. ..bla..
Maknanya: saya tipu je.saya tak kesah pon.lelaki tak detail nk pilih ape2 pon.saje nk bg awak merajok.sebab awak comel bila majok.kihkihkih

10.Kalau lelaki kata:u keje kat mana? as what?
Maknanya:mintak-mintak la keje biase2 je.kalau keje besar.taste pon besar gak.hantaran besar.demand mesti tiggi punye.nak jaga standard la kata kan.

have fun..huhu

"DON'T ALWAYS SLEEP LATE !"

Jadi saya ambil sedikit masa untuk menterjemahkannya ke dalam bahasa melayu supaya kita lebih senang faham (*google translator tak banyak membantu~!)
"JANGAN SELALU TIDUR LAMBAT!". Nak tahu KENAPA?
Tidur yang nyenyak dan sempurna sangat penting. Jika kita tidak tidur dengan baik, racun dalam tubuh kita akan terkumpul dan ini akan mempengaruhi tahap kesihatan serta emosi kita.
Punca utama kerosakan hati adalah:
  1. Tidur terlalu lewat dan bangun lambat adalah penyebab utama
  2. Tidak buang air kecil di pagi hari.
  3. Terlalu banyak makan.
  4. Tidak mengambil sarapan.
  5. Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan.
  6. Mengambil terlalu banyak bahan pengawet, aditif, pewarna makanan, dan perasa tiruan.
  7. Mengambil terlalu banyak makanan berminyak. Jangan mengambil terlalu banyak makanan berminyak walaupun makanan yang menggunakan minyak goreng terbaik seperti minyak zaitun. Elakkan mengambil makanan berminyak ketika anda dalam keadaan letih, kecuali ketika badan sedang dalam keadaan betul-betul fit.
  8. Mengambil terlalu banyak makanan juga boleh memberikan beban berlebihan kepada hati. Sayuran seeloknya harus dimakan mentah atau dimasak 3-5 bahagian sahaja. Sayuran yang dimasak harus dimakan dalam satu sajian dan tidak disimpan.
Kita harus mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dalam kehidupan. Amalan pemakanan yang sihat sangat penting bagi memastika tubuh kita untuk menyerap dan menyingkirkan bahan kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh.
Kerana ....
Fahami bagaimana tubuh kita berfungsi:
Malam (9pm - 11pm): adalah masa untuk menyahkan/membuang toxic chemicals (de- toxification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalam waktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan suasara yang relaks seperti mendengar musik. Jika seorang surirumah dalam ketika ini masih menjalankan aktiviti hariannya seperti mencuci pinggan atau mengawasi anak-anak membuat kerja rumah, ini akan memberikan kesan negatif pada kesihatannya.

Malam di (11pm-1am): Proses de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harus dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (1am - 3am): proses de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (3am - 5am): proses de-toxification di bahagian paru-paru. Oleh kerana itulah kebiasaannya bagi yang sedang mengalammi batuk, ketika ini anda akan mengalami batuk yang sangat kuat. Memandangkan proses de-toxification telah sampai ke saluran pernafasan, kita tidak perlu mengambil ubat batuk ketika ini kerana ianya akan memnganggu proses pembuangan toksin tersebut.


Awal pagi (5am - 7am): proses de-toxification di bahagian usus besar, anda harus mengosongkan usus.
Pagi (7am - 9am): Penyerapan gizi pada usus kecil, kita harus sarapan pada masa ini. Kepada mereka yang sedang saki, sarapan harus lebih awal iaitu sebelum pukul 6:30 pagi. Makan pagi sebelum 7:30am sangat berguna bagi mereka yang ingin kekal cergas. Mereka yang tidak sarapan, mereka harus mengubah kebiasaan mereka. Namun jika anda terlewat mengambil sarapan sehingga pukul 9am-10am sekalipun, itu masih lebih bagus daripada tidak bersarapan sama sekali. Tidur lewat dan bangun terlalu lambat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh.

Tengah malam sampai 4am juga adalah waktu untuk sumsum tulang menghasilkan darah.
Oleh kerana itu, dapatkan tidur yang sempurna dan jangan tidur terlalu lewat.
Sharing Is Caring~!

Wednesday, May 4, 2011

5 Negara Paling Gembira

Selepas menikmati dunia iaitu tidor. Aku terbaca satu aktikal dari salah sebuah newspaper tempatan. Tajuk aktikal tu Negara Paling Gembira. Waw cam menarik je untuk berkongsi dengan kowg. Antara negara gembira seperti dibawah:-

5. New Zealand

    New Zealand menjadi negara ke 5 paling gembira disebabkan sistem pendidikan negara itu diiktiraf terbaik dunia dan 94% gembira dengan kecantikan alam sekitar di negara itu.

Bendara New Zealand

Antara tempat di New Zealand



4. Australia

    Negara ini juga mempunyai sistem pendidikan yang baik dan rakyat mempercayai kerajaan. Negara ini adalah tempat yang baik untuk memulakan perniagaan.

Bendara kebangsaan Australia
Menjadi ikon untuk Australia

3. Finland

     Finland adalah sebuah negara di benua eropah. Negara ini menjadi tempat ke-3 paling gembira kerana kerajaan negara dipercayai, negara ini juga penjagaan kesihatan yang baik dan negara yang aman.

Bendara kebangsaan Finland

Salah sebuah banggunan di Finland


2. Denmark

    Kos permulaan perniagaan terendah didunia dan mempunyai taraf hidup paling tinggi di dunia.

Bendara Denmark

Banggunan di Denmark

1. Norway

    Pendapatan per kapita tertinggi di dunia dan peruntukan kesihatan kedua tertinggi di negara ini. Sebanyak 94% rakyat gembira dengan kecantikan negara meraka.



Norway

Tempat peranginan di Norway


p/s: aku tulis entri ini kerana aku nak kte sme2 menjadikan negara kita salah sebuah negara paling gembira untuk tahun hadapan pula. so pikir2 kan.huhu aaarriiiyyooozzz...