Pages

Friday, January 21, 2011

Review Filem: Khurafat Perjanjian Syaitan







Filem:
Khurafat

Pengarah:
Syamsul Yusof

Pelakon:
Syamsul Yusof, Liyana Jasmay, Sabrina Ali, Fauziah Nawi,
Salina Saibi, Mariani, Zendy Rosman, Latif Borgiba, A.Galak.

Klasifikasi:
PG13

Tarikh Tayangan:
Bermula 13 Januari 2011


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang Johan yang bekerja sebagai salah seorang pembantu perubatan dan baru sahaja berkahwin dengan seorang wanita bernama Aishah. Pada permulaannya mereka hidup bahagia tetapi hari demi hari kebahagiaan mereka mula terhakis dek daripada gangguan misteri yang sering mengganggu mereka sepanjang masa.

Johan mengesyaki gangguan ini berpunca daripada rasa tidak puas hati seseorang terhadap dia atau pun isterinya dan Johan mula berfikir siapakah insan - insan yang berpotensi untuk menjadi punca kepada semua masalah yang melanda mereka suami isteri. Kini hanya ada dua orang sahaja yang berpotensi untuk melakukan perkara khurafat ini terhadap Johan dan isterinya iaitu sama ada seorang perempuan tua yang bekerja sebagai tukang sapu di tempat kerja Johan yang sering menyapa beliau dan memberi beliau makanan ataupun seorang gadis bernama Anna, iaitu bekas kekasih Johan yang masih menaruh cinta terhadapnya.

Jadi, siapakah sebenarnya dalang yang bertanggungjawab di dalam masalah ini? Anna atau nenek tua itu? Adakah gangguan terhadap Johan dan isterinya akan berakhir? Saksikan filem Khurafat di pawagam berhampiran anda sekarang.
 
Trailer Khurafat:Perjanjian Syaitan
 

ulasan saya:
Secara jujurnya aku mmg kurang minat kepada pengarah filem ini Syamsul Yusof. Tetapi filem genre seram pertama arahannya telah membuat aku terasa ingin menonton. Dari sumber-sumber y dipercaya dan trailernya filem ini telah mendapat sambutan hangat dari penonton. Siapa yang tidak tertarik apabila ada rakan - rakan yang bercerita bahawa filem ini sangat seram sehinggakan ada yang menutup mata daripada awal filem hingga ke akhir cerita Memang seram sangat bunyinya tu. Promotion y hard membuat daya tarikan penonton. Dengan membariskan pelakon y agak hebat seperti Liyana Jasmay y menjadi kegilaan ramai jejaka malaya diserta lakonan mantap ibu Fauziyah Nawi y memberi implak kepada filem ini. Apa - apapun, ini memang satu percubaan terbaik daripada Syamsul Yusof. Tahniah kepada beliau dan seluruh warga krew produksi yang terlibat dalam menjayakan filem Khurafat ini.
 
kegilaan remaja lelaki
 
lakonan mantap-ibu Fauziyah Nawi
 
 
 P/S: Kepada yang lemah semangat atau sakit jantung tu rasa - rasanya kena fikir berkali-kali dulu kut nak menonton filem ini sebab memang seram. Selamat menonton yer kepada semua!
Selamat Menonton dari KONGSINOTA.
 
 
 
 
 
 
 
 

4 comments:

  1. aku dh tgk..............
    terbaek...
    huhu...

    ReplyDelete
  2. seram sangat ke? member abang am kata biasa2 je

    tak tulis rating pun. Filem ni boleh dapat berapa bintang ni?

    ReplyDelete
  3. chocolate: yekew terbaik eyh.. cun2

    aremierulez: nk trs rating cm ne x tgk g..hahah

    ReplyDelete
  4. ramai kata seram.
    memandangkan syamsul yusof yang mngarah cerita ni terus jadi tak seram.

    ReplyDelete