Pages

Friday, March 11, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa...




Filem yang berkisarkan pengembaraan Merong Mahawangsa (berketurunan Alexander The Great) yang menjadi pengawal kepada Putera Empayar Rom yang ingin ke Asia Tenggara bagi mengahwini Puteri Dinasti Han. Perkahwinan diantara Putera Rom dan Puteri dari negara China ini adalah mahu menyatukan kedua – dua empayar dan perkahwinan mereka dilakukan di tanah yang tidak dijajah oleh mana – mana empayar (Natural Grounds) yang terletak diantara empayar barat dan timur.
Walaubagaimanapun, Armada Merong Mahawangsa telah diserang oleh Lanun dari negara Garuda (ia sebenarnya burung Garuda dalam Hikayat Merong Mahawangsa) dan Puteri tersebut telah diculik oleh lanun – lanun tersebut. Setelah berlaku serangan tersebut, bermulalah epik dimana Merong Mahawangsa cuba menyelamatkan puteri tersebut dan menyatukan empayar dari barat dan timur itu.

Antara pelakon yang menjayakan filem ini: Stephen Rahman-Hughes, Jing Lusi, Gavin Stenhouse, Craig Robert Fong, Eric Karl Henrik Norman, Keith Chong, Keith Chong, dan juga beberapa pelakon melayu yang dikenali oleh peminat filem tanah air iaitu Khir Rahman, Jehan Miskin, Kuwasdinata, Umie Aida dan Dato’ Haji Rahim Razali.

Komen Kongsinota
: aku mulakan komen filem ini dengan seribu kemaafan kerana sudah lame mengabaikan tanggungjawab aku sebagai blogger. Aku terlalu sibuk dgn tugasan projek untuk aku siapkan. Alhamdulillah keje-keje tu dpt aku siapkan. So berbalik cite asal y aku nk kongsi kt kowg ni. First impression da tertarik. Disertakan pulak dengan trailer y menarik. First aku nk ucapkan tahniah kepada KRU Studios kerana telah membawa pembaharuan filem Malaysia. Setengah owg da muak da nk tgk filem Malaysia kerana jalan cite,konsep dan ending cite suda owg da leh teka. Sume sme. Smpai dengar je nama pengarah ni owg da menyampah. Filem-filem y die buat boleh diibaratkan mcm sampah y de kt tapak pelupasan kt kepong tu..haha
 
"relex r brade, bunyi cm mara je..huhuhu" bukan mara just nk luahkan je..hahah
 
Ok blk kepada Merong Mahawangsa. Penggambaran telah dijalankan di beberapa buah negeri di Malaysia dan lebih 90% di Terengganu. Lokasi-lokasi lain termasuk Kuala Lumpur dan Kuantan, Pahang. Hikayat Merong Mahawangsa dibawah arahan Yusry Abdul Halim yang telah membawa pelbagai kelainan dan pencetus penggunaan teknologi CGI di Malaysia dalam setiap filem arahannya. Filem ini turut menggunakan barisan kumpulan seni mempertahankan diri yang berpengalaman dibawah bimbingan Chan Man Cheng. Beliau pernah terlibat didalam kapasiti yang sama bagi filem – filem blockbuster antarabangsa antaranya Hellboy 2, Rush Hour dan Police Story.

Filem ini menelan belanja RM8juta yang sekaligus menobatkannya sebagai filem termahal dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini dan kedua termahal dalam sejarah industri perfileman tempatan selepas filem Puteri Gunung Ledang.Namun ini tidak bermakna ianya kurang dari segi kualiti berbanding dengan Puteri Gunung Ledang kerana KRU Studios percaya bahawa penjimatan kos dapat dibuat melalui penggunaan teknologi CGI. Dengan adanya CGI, penyediaan set tidak perlu menelan belanja yang sangat besar. Hanya prop dan set utama dibina seperti empat (4) buah kapal, perkampungan Melayu pada kurun ke-2, pelabuhan kapal, set gambaran Istana di Rom, China dan juga pelabuhan Goa di India.


p/s: aku akan filem ni akan dapat sambutan memberangsangkan dari masyarakat Malaysia. Selamat menonton dari kongsinota..aariiyozzz


4 comments:

  1. hahaha of coz r blom..huhuh bru je blk uma da sebulan x blk..hhahah

    ReplyDelete
  2. Sorry la bro...boleh bagi 5 bintang kat graphic je...jalan cerita and actor performance suma boleh bagi 3 bintang ja...

    ReplyDelete
  3. yekew.. tp owg comment ok je.. aku x tgk g r cite ni...

    ReplyDelete